Tuesday, 7 April 2020

Remaja ingkar PKP dicabar polis masuk universiti, ubah nasib keluarga

Sering ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pegawai polis terpaksa datang ke rumah seorang remaja dan menasihatinya agar tidak lagi berbuat demikian.


Tular di media sosial sejak semalam, video seorang anggota polis, dikatakan ketua Balai Polis Lenggong di Perak, memarahi seorang remaja lelaki di perkarangan luar rumah, selepas remaja berkenaan enggan mendengar nasihat ahli keluarganya agar duduk di rumah.

Pegawai polis berkenaan turut mencabar remaja itu, anak sulung dalam keluarga yang kehilangan bapa, agar belajar bersungguh-sunguh hingga berjaya masuk ke universiti dalam masa lima tahun akan datang.


Sementara remaja itu dilihat hanya duduk di depan pintu rumah dan mendiamkan diri






Pegawai polis dalam perbualan itu juga mendakwa anggota polis lain memaklumkan bahawa remaja itu sudah beberapa kali ditegur kerana keluar rumah dan akhirnya ditangkap pada hari kejadian.

“Buktikan kepada kami, kamu boleh berjaya dan ke menara gading nanti.

“Jadikan cabaran Tuan KBP Lenggong ini sebagai satu semangat untuk kamu berjaya dalam hidup dunia dan akhirat serta boleh bantu keluarga kamu nanti,” catat pengguna @nanmanjoi11 yang memuat naik video di Twitter.

Klip video berdurasi satu minit 37 saat itu diulang kicau dan mendapat tanda ‘suka’ lebih 3,000 kali.

Rata-rata warga maya menyokong ketegasan polis terbabit yang pada masa sama memberi motivasi kepada remaja berkenaan agar menjadi insan berguna.

No comments:

Post a Comment