Tuesday, 14 April 2020

Memasuki Fasa Ke 3 PKP, 12 Barang Dikawal Harga Mulai Esok

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media hari ini memberitahu bahawa harga 12 jenis barang akan dikawal mulai esok.

Menurutnya, 12 jenis barang itu termasuk ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, tomato, kubis dan ikan kembung.

“Pada masa sama, KPDNHEP akan memantau bekalan dan harga 25 barangan keperluan harian sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.



“Antara barangan dipantau termasuk barang makan kering seperti gula, minyak masak, beras dan roti putih, manakala barang segar seperti ayam, sayuran, telur, bawang dan susu segar.

“Barang kebersihan dan kesihatan pula seperti cecair pembasmi kuman dan pembersih tangan, topeng muka, tisu tandas, lampin bayi dan dewasa.”


“Ingin ditegaskan sekali lagi, bekalan makanan dan keperluan asas harian adalah mencukupi. Tiada sebab untuk membuat pembelian panik,” katanya.

No comments:

Post a Comment