Sunday, 12 April 2020

Maya Karin laris lual Burger Bakar


Nampaknya ramai rakan artis yang mula berniaga dan mempromosikan bisnes masing-masing sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tambahan, kelmarin Perdana Menteri kita baru sahaja mengumumkan perlanjutan PKP sehingga 28 April ini.

Tidak ketinggalan, aktres cantik, Maya Karin yang pada awalnya hanya suka-suka membuat burger bakar untuk jiran-jiran, namun mendapat sambutan menggalakkan pula.



"Last week buat burger bakar untuk jiran2, ramai yang rekomen kat kawan2 dan family. Ramai pulak yang tanya nak lagi, "boleh beli tak?" Banyak juga dijual dalam beberapa hari ni. Semua yang order masuk utk staff office sampai 24 burger. harini, order 60sekali!! #burgerbakar

Begitu ujarnya dalam twitter peribadi beliau.

Maya yang tidak menyangka aktiviti suka-sukanya itu mendapat sambutan hingga mendapat banyak pesanan daripada orang ramai itu memuat naik gambarnya sedang memasak sambil memakai apron di twitter.


No comments:

Post a Comment