Wednesday 29 April 2020

Masak Lemang Dalam Tin Bahaya Rupanya


Nampaknya, selepas kerajaan mengumumkan rakyat Malaysia tidak dibenarkan balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, isu memasak lemang dalam tin minuman kembali hangat diperkatakan.

Ramai pula yang berkongsi hantaran-hantaran mengenainya di media sosial hingga ia mendapat perhatian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Menurutnya, cara memasak sedemikian boleh menyebabkan bahan makanan yang dimasak bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas

Amalan memasak lemang dalam tin aluminium adalah tidak selamat dan tidak digalakkan.

Jadi, kepada anda yang ingin mencuba resipi memasak lemang dalam tin, mungkin anda boleh menunggu sehingga PKP tamat kelak di mana kita boleh mendapatkan buluh lemang yang asli.




No comments:

Post a Comment