Wednesday 29 April 2020

Lelaki berang dihalang berniaga waktu PKP, orang ramai tumpang simpati

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dinafikan menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak terutama para peniaga kecil-kecilan.

Hal sama turut dirasai seorang peniaga buah-buahan sehingga terpaksa melanggar arahan pihak berkuasa dengan membuka operasi perniagaannya.


Tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat memarahi pihak berkuasa yang menegur perbuatannya itu.

“Saya rela dimasukkan dalam lokap demi membela anak-anak saya.


“Pekerja pejabat tidak mengapa setiap bulan terima gaji. Kami tidak kerja hendak makan apa?” katanya dalam video tersebut.




1 comment: