Akibat mengalami kekurangan cecair pembasmi kuman di Bali, ahli farmasi di pulau percutian terkenal Indonesia itu berjaya menghasilkannya menggunakan minuman keras tempatan diperbuat daripada sawit.
Memetik laporan AFP, idea menggunakan minuman dikenali nama arak Bali itu datang dari Ketua Polis Bali, Petrus Reinhard Golose yang bimbang kerana cecair pembasmi kuman semakin sukar didapati.
Selain itu, harganya yang melambung tinggi menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan cecair itu.
Susulan itu, beliau berjaya mengumpulkan 4,000 liter minuman keras itu selepas mendapat sumbangan pengeluar tempatan dan juga selepas pasukannya mengeluarkan dana membeli bekalan tambahan.
Difahamkan, ahli farmasi di Universiti Udayana Bali diberikan tanggungjawab mengubah arak itu menjadi cecair pembasmi kuman.
Bagi mengurangkan kerengsaan pada kulit, arak itu dicampurkan dengan cengkih dan pudina. Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman hanya dalam masa seminggu sahaja.
Menariknya, kandungan alkohol sebanyak 96 peratus memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), petik sumber.
"Sehingga kini, kami telah menghasilkan 10,600 botol cecair pembasmi kuman dan polis Bali telah mengedarkannya kepada orang yang memerlukan," kata Dewa Ayu Swastini, Ketua Fakulti Farmasi universiti itu

No comments:
Post a Comment