Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Harapan (PH) mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak hari ini.
Mereka ialah ADUN Tronoh dan Buntong daripada DAP iaitu Paul Yong Choo Kiong dan A Sivasubramaniam serta ADUN Titi Serong dari Parti Amanah Negara (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Ketiga-tiga mereka turut menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Choo Kiong berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hak rakyat sebagai wakil rakyat.
“Kami bertiga mengambil keputusan keluar parti dan menjadi bebas supaya hak rakyat di kawasan kita dan seluruh perak dipelihara.
"Terbentuknya Perikatan Nasional tidak sempurna tanpa kehadiran wakil rakyat dari kaum Cina dan India,” katanya. - Perak Gazette

No comments:
Post a Comment