Saturday, 7 March 2020

Secret Recipe Pula Mangsa Azwan Ali Kerana Lambat

Sejak kebelakangan ini, ada saja yang tidak kena di matanya hingga ditularkan di laman sosial.



Kredit foto: Twitter

Kali ini, pengacara kontroversi Azwan Ali, 54, meluahkan kemarahan terhadap sebuah restoran makanan popular dipercayai Secret Recipe.

Kata adik kepada Azmin Ali itu, dia sudah menunggu selama 30 minit, namun pesanannya masih tidak sampai.

"Dah setengah jam saya buat pesanan, tapi tiada siapa pun datang cakap cef mati ke, bahan masakan tak ada.

"Awak fikir saya nak tunggu? Saya akan tularkan hal ini," ujarnya.



Kredit foto: Twitter

Katanya, kejadian berlaku di cawangan Mid Valley.

Menurut komen seorang pengguna, Azwan yang juga dikenali sebagai Diva AA itu datang ke restoran berkenaan pada waktu tidak sesuai. 



Kredit foto: Twitter

Malah, seorang lagi pengguna berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp penjelasan juruwang terbabit. 



Kredit foto: Twitter

Azwan kemudian memuat naik beberapa lagi ciapan memaki hamun restoran berkenaan. - CARI


No comments:

Post a Comment