Friday, 6 March 2020

Latheefa Koya letak jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, dilaporkan meletak jawatannya hari ini.

Perkara itu mula disiarkan dalam portal berita Malay Mail malam tadi.

“Beliau sudah meletak jawatan. Datuk Seri Azam Baki (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) melapor diri pada Isnin (ini),” kata sumber yang meminta tidak dinamakan ketika dihubungi portal terbabit,

Laporan itu menyebut, Azam akan menerajui SPRM buat buat masa ini, namun berkemungkinan mengisi tempat terbabit.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu, bagi tempoh kontrak selama dua tahun.




Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon kontraknya dipendekkan daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Pelantikan Latheefa bagaimanapun mengundang kritikan, antara lain dikatakan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai lantikan politik dan menjejaskan fungsi SPRM sebagai badan bebas.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui beliau sendiri memilih Latheefa kerana perwatakannya yang tegas, bercakap apa yang benar dan tidak menipu.

BH

No comments:

Post a Comment