Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 3.58 petang tadi.
Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan Sungai Bakap dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.
Katanya, ketika tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan lori membawa muatan kayu balak dengan kereta jenis Saga.
“Ada mangsa yang tersepit, namun kita belum pasti bilangan mereka yang terbabit.
“Ketika ini, kerja menyelamat masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa, ” katanya kepada media, hari ini.
Berita Harian



No comments:
Post a Comment