Poster berkenaan memaparkan kata-kata "Guan Eng May Return As Penang CM" (Guan Eng mungkin kembali menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang).
Poster itu turut memaparkan Guan Eng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kelihatan gembira dan saling berpelukan.
Kon Yeow dalam tweet terbaharunya yang memetik posting tersebut mengesahkan hantaran itu sebagai palsu.
Tiada maklumat lain pada posting itu yang dipercayai dimuat naik pada Jumaat.
Carian artikel yang dinyatakan juga tidak berjaya ditemukan, dipercayai sudah dipadam dari sosial media.
Berita palsuhttps://t.co/1VbJE16W5P pic.twitter.com/hn0HHJP9JD— Chow Kon Yeow (@chowkonyeow) March 6, 2020

No comments:
Post a Comment