Wednesday, 19 February 2020

#Covid19 Harga durian Musang King bakal jatuh harga



Berita baik untuk penggemar raja buah kerana harga durian Musang King kini lebih murah antara 20 hingga 50 peratus berikutan wabak Covid-19 selain lebihan bekalan di pasaran.
Laman berita The Star Online melaporkan, wabak Covid-19 menyebabkan kedatangan pelancong dari China yang merupakan pengggemar buah ini merosot.

Kebiasaanya, permintaan terhadap durian jenis ini sentiasa meningkat pada pertengahan tahun kerana faktor cuaca yang baik.
Difahamkan, harga sekilogram durian Musang King kini antara RM24 hingga RM33 berbanding RM55 sebelumnya.


Selain itu, eksport Musang King ke China juga jatuh teruk sehingga 70 peratus selepas Tahun Baru Cina iaitu sebaik wabak berkenaan menular.

Rata-rata peniaga durian di Pulau Pinang mengeluh apabila hasil jualan mereka merosot sehingga 50 peratus sejak penularan wabak Covid-19.

Ini kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah pelancong seperti dari China, Indonesia, Singapura dan Hong Kong termasuk penumpang kapal-kapap persiaran yang berlabuh di sini.

Perak Gazette

No comments:

Post a Comment