Monday, 27 January 2020

Tiada Lagi Subsidi Haji Untuk Rayuan Haji

Dengan pengumuman terkini TH yang mewajibkan pemohon rayuan untuk mengisi borang baru bagi yang buat rayuan haji 2020, [¹]

Dan melihatkan soalan dan ruangan yang perlu diisi oleh perayu daripada borang rayuan tersebut yang sedang tular di media sosial yang mana berbunyi “Saya bersetuju untuk membayar penuh bayaran haji sebanyak RM22,900 tanpa bantuan TH”..

Maka, rasanya hampir pastilah bahawa tahun 2020 ini akan menjadi tahun pertama untuk SEMUA jemaah RAYUAN HAJI kena bayar kos penuh mengerjakan haji iaitu sebanyak RM22,900 termasuklah rayuan bagi jemaah haji Muassasah kali pertama.

Tiada lagi subsidi/bantuan dari TH bagi yang merayu seperti tahun-tahun sebelum ini di mana jemaah rayuan diberikan subsidi jika ianya adalah Haji Muassasah kali pertama untuk mereka di mana hanya perlu membayar sebanyak RM9,980 untuk kos haji Muassasah.

Sama-sama kita nantikan.

Rujukan:
[1] Notis Terkini Tabung Haji
https://m.facebook.com/TabungHaji/photos/a.467357129992157/2899563650104814/?type=3

No comments:

Post a Comment