"Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.
"Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang.
"Hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham," jelasnya, memetik laporan Astro Gempak.
Berikut adalah posting yang PU Abu kongsikan di Instagram miliknya pagi semalam.
Katanya, dia akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat sejurus kembali pulang dari Tanah Suci Makkah.
"Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini.
"Insya-Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar," tulisnya.
Terdahulu, Hana difahamkan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, individu tersebut dipercayai merupakan kekasih baru suaminya berdasarkan penggunaan hashtag #myhusbandlover. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, entri berkenaan dipadam.
Ekoran pendedahan isterinya itu, pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan mengatakan wanita tersebut mungkin bekas isteri pertamanya, Ain 'Afini Latif yang cuba menyamar.
Sebelum ini seluruh Malaysia tahu tentang kisah rumah tangga pasangan tersebut yang berantakan dan menjadi kecaman netizen. Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama. PU Abu pernah berkahwin dengan Ain(isteri pertama) dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.



No comments:
Post a Comment