Sunday, 5 January 2020
POS Malaysia Jawab Isu Pejabat POS Machang
Kronologi Sebenar Kejadian Di Pos Office Machang.
Gambar di bawah ini telah viral dalam facebook. Kisah sebenarnya begini...
1) Pelanggan datang ke kaunter dan bertanya kalau ingin buat urusan ASNB tetapi ayah dia sakit dan tidak boleh berjalan.
2) Staff bernama Nizam menasihati pelanggan supaya pergi ke pejabat ASNB sebab di pejabat pos tersebut tiada wireless thumbprint dan thumbprint kita wayar dia pendek.
3) Pelanggan berkeras nak cuba juga dengan kerelaan hatinya.Pelanggan tersebut pergi ke kereta dan mendukung ayah dia ke kaunter Pos Office tersebut.
4) Staff pejabat Pos Machang telah cuba beberapa kali untuk laksanakan thumbprint tetapi gagal dibaca.
5) Kemudian staff Pos Machang sekali lagi menasihatkan supaya pelanggan tersebut ke Pejabat ASNB sama ada di Pasir Puteh atau Kota Bharu.
6) Akhirnya barulah pelanggan tersebut terus beredar dari pejabat Pos Machang selepas itu.
Rumusannya :
Berdasarkan kes ini, pelanggan sebenarnya tiada apa-apa isu kerana beliau dengan kerelaan hati ingin cuba buat transaksi di Pejabat Pos Machang walaupun staff di situ menasihati supaya ke Pejabat ASNB.
Yang menjadi isu sebenarnya pelanggan yang lain, yang ambil gambar dan membuat terjemahan sendiri terhadap gambar tersebut tanpa mengetahui cerita sebenar.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment