Lelaki itu kemudiannya menghubungi balai polis dan memaklumkan penemuan berhampiran lereng bukit di tepi Jalan Paya Terubong berkenaan pada jam 7.20 petang.
Rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Bernama memetik beliau berkata, pihak polis menggunakan tali untuk membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan di lereng bukit berkenaan sebelum terus membawanya ke Jabatan Forensik hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu bagi membantu siasatan dan mengesan pihak yang meninggalkan tong sampah berisi rangka manusia dipercayai telah mati lebih lima hari itu.


No comments:
Post a Comment