Wednesday, 22 January 2020

Pahang bakal laksana pakaian patuh syariah buat atlet

Kerajaan Pahang sedang bergerak ke arah pelaksanaan pemakaian patuh syariah dalam kalangan atlet beragama Islam sebagai usaha memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diserahkan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk dibincang dan diperhalusi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya seperti dilaporkan Sinar Harian, sebagai permulaan Seminar Pemakaian Atlet Sukan Patuh Syariah Peringkat Negeri Pahang diadakan hari ini bertujuan membincangkan isu tersebut dan satu resolusi telah dikemukakan sebagai garis panduan pelaksanaannya untuk diperhalusi.


"Kita juga akan merujuk perkara ini dengan Pejabat Mufti Negeri dan Jawatankuasa Fatwa dan pihak-pihak lain sebelum membuat sebarang keputusan tapi memang kita ke arah itu seperti mana yang dilaksanakan di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup seminar itu di Auditorium Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment