Saturday, 18 January 2020

Lanjut konsesi tol, Najib betulkan manifesto Pakatan Harapan


Datuk Seri Najib Razak mempersenda langkah kerajaan tidak menghapuskan tol seperti mana dijanjikan sebelum ini.

Secara sinis bekas perdana menteri berkata rupa-rupanya bukan pemansuhan, tetapi tol dilanjutkan kepada 38 tahun lagi.“Saya tolong perbetulkan manifesto Pakatan Harapan (PH),” coretnya di Twitter malam tadi.

Menerusi status tersebut, Najib memuat naik gambar janji utama kerajaan dalam tempoh lima tahun iaitu menghapuskan tol.

Lakaran itu diubah beliau kepada “lanjutkan tol 20 tahun lagi”, termasuk “hapuskan tol secara berperingkat-peringkat hingga 2058”.

Dikongsi 613 warga maya, hantaran itu memperoleh pelbagai reaksi orang ramai, ada yang menyokong dan ada yang mengecam beliau.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam mengumumkan pengurangan bayaran sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya milik Plus seawal 1 Februari ini.

“Walaupun sebelum ini perjanjian konsesi memperuntukkan kenaikan kadar tol secara berperingkat, keputusan terbaru ini akan memastikan tiada kenaikan kadar sehingga tempoh konsesi tamat selepas 38 tahun iaitu dari 2020 hingga 2058.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tindakan itu diambil selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menjual Plus dan mengekalkan pemilikan sahamnya oleh Khazanah Nasional serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

No comments:

Post a Comment