Wednesday, 22 January 2020

Kerajaan Negeri Sabah akhirnya batalkan Pas Sementara Sabah PSS

Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan pembatalan itu akan dimaklumkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau dalam satu sidang media di Kota Kinabalu hari ini berkata, langkah terbabit dibuat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan sebentar tadi.


Mohd Shafie mengumumkan keputusan pembatalan berkenaan dibuat selepas Kerajaan Negeri mengambil kira faktor suara rakyat Sabah yang menolak PSS termasuklah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, baru-baru ini

No comments:

Post a Comment