GEORGETOWN, 6 Januari – Maritim Negeri Pulau Pinang berjaya menahan sebuah kapal tangki di kedudukan 26 batu nautika Barat Muka Head.
Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, pemeriksaan telah dilakukan ke atas kapal tersebut dengan nama pendaftaran "OCEAN GULL" pada jam 12.00 tengahari semalam dengan berukuran 116.65 meter panjang yang didaftarkan di Singapura.
“Kapal itu dikendalikan 20 kru, termasuk seorang nakhoda (master) dengan empat daripada mereka warga Bangladesh berusia 23 hingga 48 tahun, lapan kru warga China berusia 26 hingga 55 tahun, tujuh kru warga Myanmar berusia 27 hingga 55 tahun manakala seorang kru warga Indonesia berusia 38 tahun," jelas beliau dalam satu kenyataan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut” katanya.
Menurut Hamizan, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.



No comments:
Post a Comment