Monday, 30 December 2019

#TanjungBungah Remaja 15 tahun ancam bunuh diri berjaya diselamatkan bomba



Percubaan seorang remaja lelaki untuk terjun dari sebuah kondominium di Tanjung Bungah digagalkan pagi tadi oleh Pihak Bomba Bagan Jermal.

remaja lelaki berkenaan dianggarkan dalam lingkungan 15 tahun berstatus warganegara British yang dipercayai berada dalam tekanan / stress / kemurungan ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 bangunan kondominum berkenaan.


Pihak bomba berjaya memujuk mangsa dari terus terjun dari bangunan berjaya dilakukan apabila mangsa menyerahkan diri setelah mendengar suntikan kata-kata semangat dan motivasi dari pasukan penyelamat.

Turut dibantu  pihak Polis dan pengawal keselamatan bangunan , mangsa diserahkan kembali kepada keluarga dan dirujuk kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Berita lanjut menyusul













No comments:

Post a Comment