Sunday, 29 December 2019

Permaisuri Agong perkasa jawi di Twitter

Jika tidak sekarang, bila lagi. Mungkin itu perkataan paling sesuai digunakan bagai menggambarkan tindakan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah.

Ini setelah baginda bertekad untuk menulis dalam tulisan jawi yang juga merupakan tinggalan warisan Melayu.

Baginda menerusi ciapan di Twitternya bertitah, akan menggunakan tulisan jawi secara terus dalam setiap hantaran dan penulisan.

“Mulai hari ini saya akan menulis dalam tulisan jawi, dalam Twitter, memperkasakan tulisan jawi warisan kita,” titah baginda, hari ini.



Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong dituduh cuba bermain `politik’ selepas memuat naik ciapan berkenaan jawi di laman Twiiternya, baru-baru ini.

Dalam ciapan itu, Tunku Azizah menegaskan bahawa seseorang tidak akan rugi untuk mempelajari bahasa atau tulisan lain seperti jawi.

“Andakanda saya Muhammad (Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah) mengambil Mandarin untuk O-Levels dan perlu menghafal 500 karektor dan dia mendapat A.

“Saya sering meminta bantuan dia untuk mengajar saya dan saya dapati ia sangat sukar.

“Malah, Permaisuri Johor major dalam Mandarin ketika di Oxford. Tak rugi belajar Jawi atau bahasa dan tulisan lain,” kata baginda.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama pengesanpenipu menuduh, Raja Permaisuri Agong cuba bermain politik dalam isu jawi.

Bagaimanapun, Tunku Azizah menafikan tuduhan berkenaan dengan berkata: “Saya tak pernah bincang politik dalam Twitter,”.

Sebelum itu, Tunku Azizah dalam ciapannya berkata, tiada apa yang rasis apabila berbincang mengenai jawi.

sumber

No comments:

Post a Comment