Friday 20 December 2019

Najib Razak lafas sumpah laknat #MasjidJamekKampungBaru


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini selepas solat Jumaat telah melafaskan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah (SD)  yang dibuat bekas pasukan unit tindakan khas (UTK) Azilah Hadri.

sumpah laknat itu dilafazkan bertempat di Masjid Jamek Kampung Baru sebaik sahaja selepas solat Jumaat.


"Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT akan menimpa saya.

Namun jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT." Tegas beliau dalam lafas sumpah.



Teks penuh sumpah laknat Datuk Seri Najib Razak.
------------





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim

Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah

A'uzubillahi minas syaitonirojim
Bismillahirrahmanirrahim
Wallahi, wabillahi, watallahi

Alhamdulillah sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.

Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

-Najib Razak
Sumpah Mubahalah
Masjid Jamek Kampung Baru
20 Disember 2019


No comments:

Post a Comment