Monday, 30 December 2019

Hilang terjun Jambatan Pulau Pinang




.

LELAKI berusia 50 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang dekat Prai kira-kira 2 pagi hari ini

.

Kejadian itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki terjun di Kilometer 5.2 di jambatan berkenaan

.


Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.31 pagi mengenai kejadian itu

.

Menurutnya, lelaki berkenaan juga didapati meninggalkan kereta miliknya di situ

.

Katanya, pihaknya dibantu beberapa agensi lain kini sedang giat mengesan mangsa.

HMetro : Isnin, 30 Disember 2019 @ 2:30 PM


.


No comments:

Post a Comment