Thursday, 26 December 2019

#BatuUban Polis Marin Pulau Pinang tahan warga Thailand di perairan Malaysia


Batu Uban, 26 Disember 2019 - Pasukan Polis Marin Batu Uban, Wilayah 1 Pulau Pinang telah menangkap sepuluh orang warga Thailand di Perairan Pulau Pinang dalam satu Operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang pada jam lebih kurang 10.00 pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, ACP Rosman bin Ismail berkata, 10 orang warga Thailand yang berusia dalam lingkungan umur 19 tahun hingga 45 tahun tersebut telah ditahan semasa pemeriksaan dijalankan di 3 buah Bot Pukat Tunda C di perairan Pulau Pinang pagi tadi.






Menurutnya lagi, semasa pemeriksaan awal dijalankan mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri. Malah, kesemua orang saspek juga telah mengakui secara lisan bahawa mereka adalah berasal dari Kagayan, Thailand semasa disoal oleh Pegawai dari Jabatan Imigresen.

"Operasi Inter Agensi ini juga melibatkan seramai dua orang Pegawai, 10 orang anggota Polis Marin Batu Uban dan juga seramai dua orang Pegawai bersama 4 orang anggota dari Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Menurutnya, sebanyak dua buah Aset PPM iaitu Bot RH27 dan PSC45 juga telah digerakan bagi melancarkan operasi ini." Tambahnya lagi.

Kesemua suspek warga Thailand telah dibawa terus oleh Jabatan Imigresen untuk disiasat di bawah Seksyen 6(3)Peraturan Imigresen 1959/63 dan Sek 39(b) Akta Imigresen 1959/63.

No comments:

Post a Comment