Tuesday, 9 April 2019
Cukai 6% Dicadang Untuk Dikenakan Terhadap Penyedia Perkhidmatan Digital Asing Bermula 1 Januari Depan
Semasa membentangkan Belanjawan 2019 pada November tahun lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan yang diimport.
Ia termasuklah bagi perkhidmatan digital asing di negara ini. Bercakap mengenainya, kerajaan telah mengesahkan bahawa cadangan kadar cukai yang akan dikenakan terhadap pembekal perkhidmatan digital asing di negara ini bermula 1 Januari 2020 nanti ialah sebanyak 6%.
The Verge
Antara pembekal yang bakal terkesan dengan cukai perkhidmatan ini ialah Netflix, Spotify, Steam dan sebagainya.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah, adalah tidak adil bagi pembekal perkhidmatan tempatan untuk membayar cukai namun tidak bagi pembekal asing.
Beberapa negara lain juga telah mengenakan cukai yang sama seperti Rusia(18%), New Zealand(15%) dan Norway(25%).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment