Bantuan Sara Hidup Bujang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.
Pembayaran melibatkan penerima kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.
Pembayaran BSH fasa kedua dan ketigauntuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.
SEMAKAN BSH BUJANG
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
- Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
Bujang berumur 59 tahun ke bawah- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang.
Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.
Bayaran ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penerima dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta.
Tan Sri Muhyidin Yassin turut menyarankan agar kerajaan membantu golongan bujang yang belum berkahwin dan yang berpendapatan kecil.
KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG
Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.
KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.
Apa pula pendapat anda?
Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?
Sumber : semakanonline.com
Dibahagian pilihan status,kenapa tiada pilihan untuk bujang,
ReplyDelete