Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilaporkan menolak permohonan sebuah pertubuhan untuk menggunakan stadium di George Town bagi mengadakan ceramah umum Dr Zakir Naik.
Melalui sepucuk surat bertarikh 13 Feb, Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPPP, Rashidah Jalaludin, memberitahu pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat mempertimbang permohonan tersebut.
Ceramah umum itu dirancang diadakan antara 8 hingga 11 malam pada 14 Jun ini. Permohonan menyewa Stadium Bandaraya itu dibuat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (Ipsi).
Sementara itu sumber Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berkata stadium tersebut baru saja menjalani proses naik taraf dan selalunya digunakan untuk aktiviti sukan.
"Ia tidak sesuai untuk program ceramah," katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya sama ada Zakir dilarang mengadakan ceramah di Pulau Pinang, sumber itu berkata, setakat pengetahuannya tiada arahan seumpama itu dikeluarkan.
Malaysiakini sedang menunggu komen daripada Ipsi. Difahamkan presidennya Kamaruddin Abdullah kini berada di Terengganu.
Untuk rekod pada 11 Jan lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengenakan larangan kepada Zakir selagi pendakwah dari India itu mematuhi garis panduan ditetapkan.
Mungkin boleh minta tolong dengan Mufti P Pinang untuk sokongan dapatkan kelulusan?
ReplyDeleteI love some much Dr Zakir Naik, ilmu2 yang jarang2 didengar ditv2 perdana. Ianya ilmu perbandingan agama yang sangat menarik... Mungkin boleh juga buat sessi distadium tertutup Shah Alam.
ReplyDeletePasai apa rakyat nak guna kemudahan awam depa tak bagi, minta la mufti PP tolong bantu, ini kerja akhirat saham akhirat sama2 kita bantu membantu...
ReplyDelete