Friday, 22 February 2019
Orang Melayu kena ingat, bukan Francis Light yang buka Pulau Pinang..
Pembukaaan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan.
Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.
Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong.
Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun.
Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun.
Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan.
Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light.
Sumber : Pakar Kesusasteraan Bandingan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Md. Salleh Yaapar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senang2 jew si mat saleh ni dapat nama pada hal orang Melayu beragama Islam yg sampai. Memang sejarah diMalaysia banyak yg ditipu oleh penyangak2 inggeris ni...
ReplyDeleteSilap penguasa2 kita taknak perbetulkan fakta...
DeleteKan...selama ini kita semua tertipu..dulu masa aku baca buku sejarah pn rasa pelik..kenapa tanah Melayu yg dihuni oleh org MELAYU tiba2 Francis Light yg dpt nama??..nampak sgt pembohongan kat situ dan NIAT busuk utk memadamkan sejarah org Melayu.Sejarah Dunia pun habis diputarbelit selagi boleh..TIBALAH masa utk memperbetulkan sejarah balik.
DeleteKenapa tak diperbetulkan sejarah ini dalam buku sejarah disekolah.banyak fakta2 sejarah yang tak betul sejarahnya termasuk pembukaan ibu negara,Kuala Lumpur..
ReplyDeleteSbb tu kita kena kuasai media dan pandai cipta publisiti.
ReplyDeleteUp
ReplyDeleteBest comedy . If don't know the history , just keep quiet. Don't simply create the story.
ReplyDeleteHa....ha.. joke of the year.plz stop
ReplyDeleteClearly the relevant authority has to investigate into this... Don't laugh too soon bro/sis... This might be the story of the year.
ReplyDelete