Thursday, 21 February 2019
Bayi 47 hari yang maut akibat didera turut cedera di bahagian kemaluan. (5 Gambar)
Selain kemaluan cedera, bayi 47 hari 'makan' lantai, dinding dan pintu
BUKIT MERTAJAM : Bayi berusia 47 hari yang maut dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.
Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.
"Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.
"Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak," katanya dalam kenyataan.
Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.
Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu. -Astro AWANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak mau bagi kat orang .. ramai nak .
ReplyDeleteHidup sama level dgn iblis ..
Ya bkn lgi iblis dan syaitan klu dpt biar mereka berdua merasai apa yg bayi tu rasakan.klu dpt kasih sula mcmna bayi tu mereka didera tanpa takdpt berkata apa2x sampai bayi itu meninggal atas perbuatan yg tk berhati perut.klu sekadar dihukum setahun jagung tkda gunanya
ReplyDeleteKejam sungguh kamu! Berhati keras! Sanggup bunuh darah daging sendiri!
ReplyDeleteDh dpat anak BT cm 2..kita yg XDA ank nie mngharap cngt...lau xnk BG ja kat owg knapa nk BT cm 2...by 2 bknnya tau apa2....ank tu amanah....
ReplyDeleteDh dpat anak BT cm 2..kita yg XDA ank nie mngharap cngt...lau xnk BG ja kat owg knapa nk BT cm 2...by 2 bknnya tau apa2....ank tu amanah....
ReplyDeleteMalu apa mama Dan papa..
ReplyDeleteApa Dosa sya?
Binatang sja masih pnya hati.iss....apalah salah budak tuh ?
ReplyDeleteX nak rawat bagi kat org
Diluar sana masi banyak yg nak anak... Bersusah pyh cara dilkukn tuk dpt anak
Hg plak gan tega dera anak sndri
Manusia kah atau setan? ? ?
..lebih teruk dari syaiton dan iblis ni, ank itu dah ke syurga komer berdua x tentu ke mana tu, kalu dah buat camtu kpd bb yg suci, smg dpt hidayah Allah.
ReplyDeleteOrang Melayu ramai dah jd iblis, ini kerana setiap org tdk menjalani cara hidup berpandukan al-Quran dan hadis...
ReplyDelete