#PHNews | GEORGETOWN - Persatuan Gabungan Teksi dan Warga Pemandu Teksi Pulau Pinang (Gabungan) mencadangkan supaya kerajaan menghapuskan perkhidmatan e-hailing seperti yang digunakan oleh Uber dan Grab.
.
Yang Dipertuanya, Abdul Malik Darus berkata, ini kerana perkara berkenaan secara tidak langsung turut menjejaskan sumber pendapatan pemandu -pemandu teksi yang berdaftar.
.
“Sekarang ini kerajaan negeri dan persekutuan sudah sehaluan, jadi saya ingin mencadangkan supaya perkhidmatan e-hailing ini dibincangkan semula.
.
“Kalau boleh, kerajaan mansuhkan terus e-hailing ini dan beri peranan itu kepada pemandu teksi sedia ada,” katanya.
.
Abdul Malik berkata demikian semasa ucapan pada majlis pemberian insentif perkhidmatan pemandu teksi dan bas sekolah Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini, siang tadi.
.
Menurutnya, beliau bimbang sekiranya perkhidmatan tersebut disalahgunakan pihak tertentu sehingga berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
.
“Ini periuk nasi kami. Saya sangat berharap pihak kerajaan dapat mengkaji semula perkara ini,” katanya.
.
Beliau berkata, hasrat itu secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi imej pemandu teksi dalam kalangan orang awam dan pelancong.
.
Sumber: Sinar
No comments:
Post a Comment