8 OKT: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail tidak perlu berbangga kononnya telah mencipta pelbagai sejarah kerana
tiada sumbangan yang dibuat kepada rakyat selama dia memegang jawatan penting
dalam PH.
Menurut
Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kenyataan Presiden PKR itu
sekaligus memalukan dirinya sendiri apabila umum mengetahui yang sebenarnya Wan
Azizah merupakan pemimpin yang sangat lemah.
“Dia
nak bangga sangat dengan jawatan dia, apa sejarah yang dia cipta? Kalau pegang
jawatan sebagai Presiden parti, tapi Norlela sibuk menangis merayu untuk
dapatkan peruntukan daripada dia untuk beri bantuan kepada rakyat Pulau Pinang,
tak payah sembanglah Wan Azizah.
“Atau
jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu rendah sangat pada dia? Nak jawatan
Perdana Menteri pula?,” sindirnya.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Azizah yang dikatakan tidak
berminat menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut
presiden PKR itu, tidak ada isu untuk mengatakan beliau akan melakar sejarah
sebagai wanita Melayu yang menjadi pemimpin kerajaan di negeri itu.
“Adakah
saya belum cukup mencipta sejarah?” kata Wan Azizah dengan penuh bangga.
Namun
Jahara berkata, Wan Azizah hanyalah seorang pemimpin yang sibuk ingin
bertanding di kawasan yang diinginkan, namun tiada sumbangan yang diberikan
langsung di Permatang Pauh dan DUN Kajang sendiri.
“Apa
yang lebih dia sibuk berjuang nak bebaskan suaminya sehingga kepentingan rakyat
diabaikan, itu ke pemimpin yang rakyat nak?” Soalnya lagi.
No comments:
Post a Comment