Lihat sendiri apa yang berlaku di Penang (lokasi Paya Terubong) yang menjadi mangsa kerakusan projek Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Bukit bukau habis ditarah dan dikorek sehingga menjadi seperti sebuah kuari tanah merah dan batu granit, bukannya tapak pembinaan jalan raya.
Termasuk juga kawasan tanah tinggi yang kini menjadi tempat pertanian yang dibuka secara halal ataupun secara haram. Jika ada penerokaan haram takkan tidada pemantauan dan tindakan dari kerajaan negeri. Ini juga boleh menjadi salah satu punca kenapa Pulau Pinang kerap mengalami banjir, apabila banyak kawasan hutan ditebang.
Air dari bukit akan turun ke kawasan rendah dan memasuki Sungai Dondang dan mengalir laju ke Sungai Pinang lalu menengelamkan kawasan G'town, termasuk juga aliran dari bukit yang ditarah menuju ke kawasan Relau dan Bayan Baru yang sebelum ini tidak berlaku banjir.
Lebih malang lagi, kolam tadahan (takungan) atau retention pond yang terdapat di Paya Terunbong tidak diurus dengan betul menyebabkan air melimpah dan tidak mampu menahan air yang banyak turun ke kawasan Sungai Dondang seterusnya ke Sungai Pinang.
Penduduk berasa rimas, kerana kawasan mereka selama ini tidak banjir, kini hidup mereka sentiasa dalam keadaan cemas apabila hujan turun antara 2 hingga 4 jam. Kebimbangan juga berlaku tanah runtuh.
Kerajaan negeri tidak patut nak memikirkan soal tebatan banjir semata-mata, sedangkan punca air cepat turun ke sungai dan tanah rendah kerana bukit sudah menjadi botak dan tidak lagi mampu menjadi penahan air hujan.
Mohon kerajaan negeri melakukan sesuatu, sebelum menjadi lebih parah lagi
Sumber : FB Azman Haj
No comments:
Post a Comment