"Saya harap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun (seperti Amerika Syarikat yang tertubuh pada 1776) sebelum orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku pada abad ke-21 ini.
"Sama ada (ia akan terlaksana) pada abad ke-22 atau abad ke-23 bergantung sama ada politik identiti tidak lagi menjadi unsur penting dalam landskap politik Malaysia, seperti hari ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang.Tidak menghairankan apabila dalam saat-saat rakyat mempersoalkan isu Lim Kit Siang dan jawatan Perdana Menteri, bapa Lim Guan Eng ini sengaja membangkitkan satu lagi polemik politik yang turut berbau perkauman.
Beliau dilihat sengaja ‘menguji pasaran’ dengan topik ini yang pastinya akan menjadi perbualan hangat dan bakal terpampang di dalam media massa.
Tetapi amat memalukan apabila Lim Kit Siang hanya memberi contoh kemenangan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat pada 2009 sebagai perbandingan tanpa mahu menerangkan bagaimana politik, komposisi kaum dan fakta keseluruhan negara Amerika yang sebenarnya sehinggakan Obama boleh menjadi Presiden.
Selanjutnya >> KLIK SINI<<
No comments:
Post a Comment