Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan selari dengan janji kerajaan yang diterajui Parti Barisan Nasional.
Menyentuh mengenai membela kebajikan pesara Kerajaan, Mulai Januari 2013, semua pesara kerajaan kini menikmati pemberian kenaikan tahunan pencen sebanyak dua peratus pada setiap 1 Januari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata , mulai Julai 2016 juga, pesara kerajaan yang telah berkhidmat 25 tahun dan ke atas turut menikmati kadar pencen terendah pada kadar RM950 berbanding RM820 sebelum ini.
Pakej pesaraan yang disediakan itu adalah mengambilkira faktor kewangan, faktor kebajikan, faktor kesejahteraan dan faktor kos sara hidup,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datin Mastura Binti Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar).
Mastura di dalam soalannya meminta supaya dinyatakan status berkaitan usaha kerajaan untuk menaik dan menyelaraskan pencen pesara-pesara Kerajaan.
No comments:
Post a Comment