Monday 31 July 2017

500 penduduk Kampung Mutiara pertahan rumah daripada diroboh

Hampir 500 penduduk perkampungan Melayu, Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini hari ini berhimpun secara aman bagi membantah usaha meroboh kediaman mereka selepas mahkamah mengeluarkan perintah berkenaan 17 Februari tahun lalu.

Mereka yang mendiami kawasan ini sejak lebih 50 tahun lalu diarahkan keluar dari kawasan ini selepas tanah berjaya dibeli seorang lelaki berketurunan Cina dari Selangor, Peter Loke Leng Seak, 60-an.


Penduduk turut meletakkan beberapa batang pokok dan kereta di laluan utama masuk kampung tersebut sebagai usaha menghalang pihak tertentu merobohkan rumah mereka.

Seorang penduduk, Saaiyah Mat Isa, 94, berkata, dia berasa terkilan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering menjanjikan akan membela nasib mereka daripada diusir.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang hadir memberitahu akan membuat laporan polis bagi menangguhkan perobohan rumah tetapi tindakan berkenaan dipersoalkan kerana memberikan janji sama beberapa tahun lalu. - UTUSAN ONLINE




No comments:

Post a Comment