Hanya kerana mengakui mengenali suspek kes rasuah Melaka, penyokong pembangkang kini mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga turut sama menerima rasuah.
Menggunakan hipotesis sama, penganalisis politik, Lim Sian See berkata, ini bermakna Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew juga bersalah menerima rasuah kerana mengenali Pengerusi Hunza Properties Berhad, Datuk Seri Khor Teng Tong, yang kini disiasat SPRM diatas tuduhan rasuah.

“Jika menggunakan logik penyokong pakatan maka semua yang mengenali dan rapat dengan boss Hunza dan anak-anaknya yang ditangkap dan didakwa diatas tuduhan rasuah seperti Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, Exco Pulau Pinang Lim Hock Seng juga terlibat dengan rasuah?

“Atau boleh juga kita katakan Exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow juga terlibat dengan rasuah kerana beliau kenal rapat dan bekerja dengan Lim Guan Eng yang kini didakwa dengan dua pertuduhan rasuah?
“Pastinya tidak. Jadi, jangan jadi bodoh?” ujarnya.
Semalam, Khalid mengakui mengenali Gopinathan Krishnan yang merupakan perantara utama dalam kes wang perlindungan perjudian haram seperti didakwa oleh Sarawak Report.

Khalid kemudiannya membidas soalan wartawan yang bertanyakan “seberapa rapat Khalid dan ahli keluarganya mengenali Gopinathan”.
“Pasal apa awak nak soal sampai begitu.
“Saya dah akui dia dikenali keluarga saya, dah la, awak nak tanya berapa rapat pula? Boleh pegang tangan, boleh bercium, munasabah sikit la.
“Dalam kes ini, jika Gopi melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang … pegawai saya dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam siasatan ini,” tegas Khalid.
Lantaran itu, LSS menggesa Sarawak Report untuk menerbitkan artikel mengenai hubungan Guan Eng, Betty dan Kon Yeow kerana mengenali Teng Tong dan anaknya berdasarkan kompilasi gambar yang diberikannya – jika Sarawak Report mahu bersikap adil.

Kredit : Wake Up Malaya
No comments:
Post a Comment