GEORGETOWN: Dua EXCO kanan kerajaan DAP Pulau Pinang
didesak memperjelaskan kenyataan bercanggah berhubung isu bayaran rundingan
bagi pembinaan tiga jalan utama di bawah projek terowong dasar laut di negeri
ini.
Desakan itu dibuat susulan kenyataan EXCO Kerajaan
Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berhubung isu
berkenaan, yang didakwa bercanggah dengan jawapan dikemukakan EXCO Kerja Raya,
Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, pada Sidang DUN 22 Mei lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk
Muhammad Farid Saad, berkata EXCO berkenaan perlu menjelaskan sama ada RM177.5
juta daripada RM209 juta yang dibayar kepada Zenith Construction itu termasuk
bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek terbabit atau sebaliknya.
"Saya menggesa kedua-dua EXCO ini tampil memberi
penjelasan mengenai mana satu kenyataan yang benar dan boleh dijadikan rujukan.
"Jika kenyataan Kon Yeow adalah betul, maka Hock Seng
sudah memberikan jawapan palsu kepada DUN Pulau Pinang dan perlu dikenakan
tindakan kerana mengelirukan DUN,"
Baru-baru ini, Kon Yeow dilapor berkata, bayaran penuh
RM209 juta bagi projek terbabit merangkumi DEIA, biar pun Laporan Penilaian
Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment