SEBERANG JAYA –
Pesara guru disaran terus berkhidmat kepada masyarakat terutama golongan muda
dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi merealisasikan kejayaan
Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pengerusi Majlis
Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pengalaman
lebih 30 tahun dimiliki pesara guru wajar dimanfaatkan untuk memacu pembangunan
negara.
Katanya, guru pada
masa ini perlu memanfaat dan menambah baik pengalaman untuk memastikan kualiti
perkhidmatan mereka dapat memberi implikasi positif kepada generasi muda serta
pendidikan negara.
Zainal Abidin memberitahu,
pihaknya akan memastikan kebajikan lebih 5,600 pesara guru di negeri ini
sentiasa diutamakan meskipun mereka memiliki wang simpanan persaraan atau
pencen.
Beliau yang juga
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian selepas menghadiri
program khas Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bersama lebih 300 pesara
pendidik.
Dalam program itu,
peserta diberikan pendedahan terhadap hala tuju YGBM dan kerjasama yang akan
dijalinkan bersama Persatuan Pesara Guru Pulau Pinang.
Sementara itu,
Pengarah YGBM, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya akan menganjurkan
Mesyuarat Agung YGBM di sini pada 29 April ini yang menghimpunkan lebih 500
pesara guru dari pelbagai negeri di wilayah utara.

No comments:
Post a Comment