BUKIT MERTAJAM: PAS negeri hari ini membidas Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon berhubung kenyataannya tidak mahu mengendahkan usul PAS yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata
kenyataan Mohd Rashid itu jelas bersifat dangkal dan ia didakwa sebagai cubaan
untuk memperlekeh PAS negeri.
"Itu kenyataan
dia (Mohd Rashid) dan bersifat peribadi, selain tidak mewakili PKR secara
menyeluruh.
"Apa yang penting adalah 13 Kawasan PAS di Pulau
Pinang memang serius mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR dan itu yang
mereka perlu hadapi, " katanya pada sidang media Muktamar Pemuda PAS
negeri di sini.
Semalam, Mohd Rashid enggan mengendahkan usul PAS Pulau
Pinang yang mahu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, selain menyifatkannya
sebagai tindakan kurang bijak.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib
Azmudden, berkata pergerakan Pemuda hari ini, sebulat suara menyokong usul
supaya parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
Berita Harian
Berita Harian

No comments:
Post a Comment