GEORGETOWN: Langkah Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi
pengecualian cukai taksiran bagi beberapa jenis kediaman disifatkan sebagai
gula-gula menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk
Muhammad Farid Saad, berkata tindakan kerajaan negeri itu hanya untuk meraih
publisiti, demi menjaga kepentingan peribadi.
Katanya, tindakan itu antara lain menjelaskan usaha
kerajaan negeri untuk kekal mentadbir Pulau Pinang, walaupun realitinya mereka
sedar bahawa agak sukar untuk terus menjadi kerajaan di negeri ini.
"Mereka (kerajaan negeri) sudah takut dengan setiap
pendedahan berhubung tatacara pentadbiran yang dikemukakan dari semasa ke
semasa hingga sanggup buat apa sahaja untuk meraih simpati rakyat.
"Tindakan kali ini persis pengumuman mengenai
pengecualian saman kenderaan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, pada 2008.
"Apa yang terjadi, pengumuman itu hanya berkuat kuasa
sekali, selain kerajaan negeri turut menaikkan kadar saman selepas tempoh
pengumuman itu tamat," katanya ketika dihubungi BH.
Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri memberi
pengecualian cukai taksiran bagi tahun 2016 dan 2017 ke atas rumah kos rendah,
sederhana rendah dan beberapa kediaman berstrata yang layak.
Terdahulu, EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan
Banjir, Chow Kon Yeow, memaklumkan pemilik kediaman berstrata dalam kategori
bersaiz 210 meter persegi ke bawah dengan harga jualan asal kurang daripada
RM72,500 layak menikmati pengecualian terbabit.
Berita Harian
No comments:
Post a Comment