COLORADO 2 Mac - Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) telah menyiarkan satu iklan besar dalam akhbar The Times mendakwa dia adalah Raja England yang sah dan akan menuntut takhta, negara dan aset miliknya di negara itu dalam tempoh 30 hari.
Allan V. Evans dari Wheat Ridge di sini, mendakwa dia keturunan diraja Wales dari abad ketiga dan juga keturunan Cunedda Wledig iaitu pengasas kerajaan Wales.
Melalui iklan itu, Evans menyatakan ‘Allan V. Evans...adalah anak sulung lelaki daripada susur galur yang tidak putus sejak abad ketiga apabila Cunedda mengahwini Puteri Powys yang merupakan asal usul Cilman Droed Ddu, pengasas keempat Keturunan Diraja Wales iaitu Raja Wales dan Raja Isle of Man’.
“Maka saya memberi notis undang-undang kepada semua kaum keluarga, penduduk Wales, Scotland, Manx dan Britain dan semua yang berkenaan bahawa dalam tempoh 30 hari, saya, Allan V. Evans akan menuntut tanah diraja yang merangkumi 17 kawasan bersejarah,”
No comments:
Post a Comment