Thursday, 2 March 2017

Komando polis, tentera AS berlatih di perairan Pulau Pinang

Pesawat tentera bersimpang siur di ruang udara Pulau Pinang baru-baru ini ketika pihak berkuasa dan negara rakan menjalankan latihan bersama.

Pasukan polis operasi khusus pelbagai spektrum Batalion 69 Komando (VAT69) bersama tentera Amerika Syarikat berlatih di perairan Pulau Pinang sejak 26 Februari.
Mereka menjalankan latihan dengan helikopter Boeing CH-47 Chinook milik tentera darat AS di Selat Utara, Pulau Pinang, sambil diperhatikan oleh pengguna Jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata latihan itu bertujuan mempersiapkan polis menghadapi ancaman dari laut.

Kursus 21 hari itu melibatkan 45 komando VAT69 dan 12 askar AS. Latihan “Balance Mint 17-2453” akan berakhir 18 Mac depan.

Pihak berkuasa kedua negara menjalankan banyak latihan bersama sebelum ini, dan Malaysia dilihat sebagai sekutu Amerika Syarikat.

Tentera Malaysia juga terlibat dalam Latihan Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (Carat) bersama AS dan 9 negara rakan lain.

Latihan Carat ke-22 diadakan di perairan berhampiran Sandakan pada Jun tahun lepas.

No comments:

Post a Comment