Bekas penceramah PAS, Abby Abadi kini dilihat mengecam PAS ekoran parti Islam itu menolak parti DAP dan Pakatan Harapan.
Malah beliau juga menyifatkan ketua anggota parlimen Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kononnya nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Pulau Pinang.
“Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang. Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Penang.
“Cakap kurang, kerja lebih. Macam itulah bagus,” katanya.
Abby mendakwa PAS kini sudah berubah dan lari dari perjuangan asal parti itu selepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan Almarhum saya pahat dalam kepala saya ini.
“Alih-alih, lepas ketiadaan Almarhum Nik Abdul Aziz segalanya berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Abby juga menyifatkan PAS kini kuat ‘berdrama’.
“Tetap nak menegakkan syiar Islam tapi nak bekerjasama dengan Umno-BN pula. Drama pula situ sana sini. Kejap Hudud, kejap RUU. Skandal duit lagi,” katanya.
Selain itu, Abby turut mendakwa beliau tidak nampak DAP menghina Islam seperti yang diperbesarkan.
“Kalau pun mereka tolak Hudud ke, RUU ke biarlah, dah tentu mereka bukan Islam,” katanya lagi.
1Malaysia
No comments:
Post a Comment