Monday, 27 February 2017

Polis Siasat Amah mati di rumah majikan

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kematian seorang pembantu rumah di kediaman mereka di Jelutong, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12.45 pagi itu, wanita Indonesia berusia 38 tahun itu dikatakan terjatuh dari tangga dan mati kira-kira 10 jam kemudian di katilnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan itu mendakwa pembantu rumah mereka ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tangga.
Katanya, mereka kemudiannya membawa mangsa ke biliknya untuk berehat, sebelum mendapati beliau mati pada jam 11.50 pagi hari sama.

“Ambulans dan anggota perubatan yang tiba di tempat kejadian mengisytiharkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat trauma hentakan tumpul di bahagian dada.”
Ditanya jika wujud elemen penderaan, Mior berkata: “Ia sedang disiasat, kami sedang ambil keterangan.”

Katanya, mangsa sudah bekerja dengan pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 48 dan 42 tahun itu sejak 2 tahun lalu.
Pasangan itu direman seminggu sehingga 5 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment