Friday, 29 April 2016

AMANAH langgar kerusi PAS sebab tidak dapat kerusi PKR, DAP


28 APRIL : PAS sudah menjangka Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding lebih banyak kerusi di kawasan yang PAS tandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata ini kerana parti itu tidak mendapat laluan daripada DAP mahupun PKR untuk bertanding di kerusi yang mereka pilih.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi halangan pada PAS untuk memastikan kemenangan di kawasan yang parti Islam itu tandingi.

“Dengan PAN (AMANAH) kita dah jangka, mereka takkan dapat kerusi DAP dan PKR, jadi PAN kena langgar kawasan PAS,” katanya kepada BNBBC.my portal.

AMANAH bertanding di lima kerusi yang ditandingi PAS, PKR (3) dan DAP juga tiga kerusi.
Mengulas dakwaan PKR yang menikam belakang PAS kerana bertanding di kerusi yang sama, Nik Abduh berkata PAS masih lagi menghormati PAS sebagai rakan sekutunya.

Difahamkan, PAS juga sedang berada di peringkat perbincangan bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku.

“Hanya rundingan tak selesai, yang tak selesai kita tak panjangkan, kita saling hormat menghormati, PAS PKR kira okay, masih kekal lagi.

“Yang tak selesai ialah DAP dan PKR,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk pertikaian DAP dengan PKR berhubung pertindihan kerusi di enam kawasan pada PRN kali ini.

Sebelum ini, PKR dan PAS telah membuat rundingan untuk tidak bertanding dalam kerusi yang sama dalam pilihan raya sebagai menghormati kerjasama kedua-dua parti selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Namun apa yang berlaku kini PKR meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.
— BNBBC
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM
#SayaIslamMelayu

No comments:

Post a Comment