Saturday 19 September 2015

#Himpunan169 #BajuMerah Bukan Perkauman, Tetapi Tindakbalas Terhadap Himpunan Bersih 4.0 - Pak Lah


KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah bukan serangan perkauman sebaliknya respon kepada perhimpunan yang dianjurkan peserta baju kuning atau Bersih 4.0.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata walaupun wujud dua kumpulan namun ia tidak sampai membawa kepada isu perkauman.

“Saya tidak fikir (maruah Melayu telah dicabar). Mungkin ada yang rasa begitu tetapi tidak ada mereka yang membawa kepada pergaduhan.

“Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) hanya bermula (berpunca) daripada himpunan ‘baju kuning’ dan daripada situ rakyat bangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Khamis.

Abdullah atau Pak Lah berkata, mana-mana pihak berhak melakukan perhimpunan asalkan ia tidak berlaku pergaduhan.

“Merah ke kuning kalau nak tunjuk tidak apa tetapi jangan buat kacau.

“…Yang penting jangan buat apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan pergaduhan,” katanya.

Ditanya sama ada wujudnya isu perkauman dalam Islam seperti yang didakwa Tan Sri Annuar Musa, Abdullah berkata, Islam tidak menuntut umatnya bersikap perkauman.

“Tidak ada,” kata Pak Lah ringkas.

No comments:

Post a Comment