Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan wujud gerakan tersusun untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, gerakan itu diketuai seorang tokoh UMNO dan mereka dengan kerjasama pembangkang kini dalam proses menyiapkan memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mereka mahu menggulingkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi selagi saya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan sesekali mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini hari ini.- Utusan Online.

No comments:
Post a Comment