Berdasarkan cakap- cakap yang sampai ke telinga PenangKini, dikatakan pasukan penggerak pengamal media siber yang bernaung di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kini sedang dalam proses untuk memulakan gerak kerja. Mereka dikatakan akan bergerak berpaksikan alasan mahu mempertahankan Perdana Menteri.
Persoalan yang timbul, adakah mereka serius mahu mempertahankan Perdana Menteri dari setiap fitnah? Jika sebelum ini, Penangkini dan beberapa blog pernah mendedahkan tentang kewujudan perbualan whatsapp yang didakwa sebagai perancangan sabotaj terhadap Perdana Menteri oleh beberapa kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia, kenapakah sehingga kini belum ada sebarang penafian mahupun pengakuan daripada nama- nama yang disebut?
Pemimpin Pemuda UMNO pro-KJ Rancang Sabotaj Najib kali Kedua? (Klik)
Printscreen Perbualan Pimpinan Pemuda Pro-Khairy (Klik)
Jika benar- benar serius mahu mempertahankan Perdana Menteri, mereka seharusnya tampil untuk menjernihkan keadaan dan membuktikan bahawa segala dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Dengan tindakan mereka mendiamkan diri seperti sekarang ini, PenangKini berpandangan bahawa alasan mereka mengumpulkan semula pengamal media untuk mempertahankan Perdana Menteri adalah tidak serius dan bersifat "indah khabar dari rupa".

No comments:
Post a Comment