GEORGETOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang akan mengenakan syarat-syarat pembangunan kepada bakal pembeli tanah milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di kawasan Air Hitam di sini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sesiapa yang membeli tanah itu perlu mengambil maklum bahawa kelulusan untuk membangunkan tanah itu mesti diperoleh daripada kerajaan negeri.
Kerajaan negeri tidak pernah berjanji untuk memberi kelulusan pembangunan di tanah terlibat bagi memastikan hak-hak keluarga yang tinggal di kawasan itu dapat dipertahankan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, 1MDB dalam kenyataan mengumumkan bahawa mereka telah menerima beberapa cadangan untuk membeli tanah di Air Hitam, Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda berkata cadangan itu susulan pengumuman syarikat pada 18 Feb untuk menjana wang daripada dua bidang tanah itu melalui usaha sama atau jualan terus.
Hasrat itu kemudiannya disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentang kepada Kabinet pada 29 Mei. - Bernama
No comments:
Post a Comment